Khamis, 26 November 2009

PEREMPUAN INI....

Tuhan...
perempuan ini merayu dan bersujud padamu
ketemukanlah perempuan ini dengan jawapan yang pasti
perempuan ini tak mahu lagi berlari-lari
tanpa arah
tanpa hala
tanpa permulaan
tanpa pengakhiran...

perempuan ini mahu merungkai yang misteri itu
perempuan ini mahu jawapan atas semua persoalan itu
perempuan ini mahu tenang dengan dunia ini...

Tuhan bantulah perempuan ini
apa yang mahu dibantu kepada perempuan ini????

Oh ya...perempuan ini mahu merungkai semua yang terjadi ...
siapa dia lelaki yang selalu berlari dalam minda perempuan ini
siapakah dia Tuhanku yang maha mengetahui
sesungguhnya perempuan ini adalah hamba yang lemah
perlukan bantuan dari yang maha kuasa untuk merungkai semuanya
perempuan ini mahu tahu
apakah wajar
apakah benar
apakah betul
jalan yang mahu dilalui oleh perempuan ini
atau jalan yang dipilih itu hanya jalan yang sia-sia dan kosong???

dalam hati perempuan ini sekarang
ada lelaki itu...
iya lelaki itu...
apakah boleh perempuan ini untuk meletakkan harapan untuk memiliki lelaki itu
apakah boleh atau apakah tidak???

perempuan ini sedang terkapai-kapai
bantu perempuan ini ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan