Khamis, 26 November 2009

PEREMPUAN INI....

Tuhan...
perempuan ini merayu dan bersujud padamu
ketemukanlah perempuan ini dengan jawapan yang pasti
perempuan ini tak mahu lagi berlari-lari
tanpa arah
tanpa hala
tanpa permulaan
tanpa pengakhiran...

perempuan ini mahu merungkai yang misteri itu
perempuan ini mahu jawapan atas semua persoalan itu
perempuan ini mahu tenang dengan dunia ini...

Tuhan bantulah perempuan ini
apa yang mahu dibantu kepada perempuan ini????

Oh ya...perempuan ini mahu merungkai semua yang terjadi ...
siapa dia lelaki yang selalu berlari dalam minda perempuan ini
siapakah dia Tuhanku yang maha mengetahui
sesungguhnya perempuan ini adalah hamba yang lemah
perlukan bantuan dari yang maha kuasa untuk merungkai semuanya
perempuan ini mahu tahu
apakah wajar
apakah benar
apakah betul
jalan yang mahu dilalui oleh perempuan ini
atau jalan yang dipilih itu hanya jalan yang sia-sia dan kosong???

dalam hati perempuan ini sekarang
ada lelaki itu...
iya lelaki itu...
apakah boleh perempuan ini untuk meletakkan harapan untuk memiliki lelaki itu
apakah boleh atau apakah tidak???

perempuan ini sedang terkapai-kapai
bantu perempuan ini ya Allah...

PATRI....CINTA SUCI....

Andai hati ini SANG KECAPI,
perasaan jadi talinya,
engkau memetik jari jemari,
berlagu irama duka dan lara,

Andai tubuh ini BONEKA,
nalurinya benang sutera,
engkau DALANG mengawalnya,
ke timur ke barat kemana jua,
aku hanya menuruti mengikut apa saja hukuman,

Andai diri ini TAMAN TASIK,
SANG PIRANA pula jiwa raganya,
engkau mencari dengan senyuman,
dan mengurungkannya dari segala,

Namun diri ini INSANI,
pasti ada kemahuannya,
kerna aku terpanah ARJUNA,
sedikit pun tidak ku menyesali,
aku rela di tawanan,
aku rela terpatri cinta suci,
aku rela di tawanan,
aku rela terpatri cinta suci...

cinta suci... suci ke????

entahlah..soalan subjektif yang kalau dalam exam SPM selalunya budak-budak yang tak tau jawapan,senang kata yang tak study akan jawap dengan hati,lantak lah betul ke tidak, janji jawapan...

Jawapan Dari HAti...
ape tu????
6sence??? bukan kumpulan 6sence yang vokalis nye hensem tu, tapi satu anugerah dari Tuhan.. selalunya bila kita sayang sangat kat seseorang tu kita akan dapat rasa apa yang sedang dia rasa secara sengaja atau tidak di sengajakan..betul ke tidak??? entahlah, jawapannya subjektif.. jawab ikut hati sebab tak ada tertulis dalam buku mana-mana pun jawapannya..haha.. Jawapan dari hati ni selalunya menjadi kepala kepada kita bila kita dah buntu sangat-sangat tak tahu nak ikut arah mana dah..akal dan fikiran selalu berperang antara satu sama lain jadi selalunya aku pilih hati untuk jadi hakimnya..walaupun kadang-kadang hati boleh salah tapi jarang terjadi kesalahan tu..

bagi orang lain aku tak tahulah jalannya macammana kan...
berbalik pada cinta suci tu tadi...
apa maksud cinta suci???
dimana sucinya???
bercinta dengan ustaz atau ustazah terjamin ke sucinya???
entahlah...bagi aku senang, cinta itu datangnya dari pandangan pertama... macam orang dulu-dulu cakap dari mata turun ke hati..hik..hik.. macam nenek nenek pulak cakap macam ni.. bahakksss...

suci atau tidak cinta itu terpulang pada individu yang mencintai dan dicintai itu..kalau ikhlas,tak memandang pada luaran sahaja, kalau jujur,boleh setia walau jarak memisahkan, kalau sayang, mencintai dengan sepenuh hati pasti kesucian cinta itu akan terbit dan ternampakkan..
yang hensem jangan terlebih sudah perasan , yang cantik jangan gunakan kecantikkan untuk mempermainkan hati itu dah cukup untuk mendapatkan cinta suci..

Jadi sama-samalah kita mencari dan menjadikan cinta kita suci..hahaha...

p/s:mane la cinta suci aku ni tak nampak2 pon...jauh sangat ker???? hehehe...

*abaikan mana -mana perenggan yang anda rasa tak betul sebab hati saya sedang berperang mencari konklusi...hehehe... jadi sedikit mereng.. hak..hak..

peace :)

Rabu, 25 November 2009

HARI RAYA....

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Atau lebih senang dan yang selalu disebut selamat hari raya aji...hak..hak..
mungkin sambutan atau kemeriahan hari raya haji tak semeriah hari raya aidilfitri, macam aku pun tak rasa pun nak raya dah lagi dua hari,tak buat apa - apa persiapan pun, tu pun nasib baik mak ingatkan nak raya lagi 2 hari and kawan - kawan kat ofis sibuk aply cuti nak raya and balik kampung kalau tak terlepas pandang jugak nih,maunye nanti tau-tau dah takbir raya dah hak..hak..

Kenapa kita kurang merasakan kemeriahan raya haji ni???
mungkin sebab kita tak "terseksa" selama sebulan sebelum kita menyambut raya..agaknye lah.. bagi aku raya haji mengingatkan aku pada kewajipan aku pada rukun islam yng ke lima menunaikan haji ke Baitullah jika berkemampuan..Tapi bagi aku kata "jika" berkemampuan tu aku lebih suka jadikannya satu perkataan pemberi semangat untuk aku mula mengumpul dan mengumpul dan mengumpul lagi sampai aku mampu menunaikan haji..Tapi sebagai manusia biasa aku ni lemah selalu terbabas selalu terguna duit yang di kumpul untuk tujuan yang tak menentu..haaaa...itulah fitrah manusia tapi fitrah fitrah jugak tapi fitrah itu bukan tiket untuk aku tak berusaha untuk menjadi seorang umat yang lebih baik dari sebelumnya.. Itu semua bukan alasan untuk aku melalaikan semua yang telah di wajibkan ke atas aku..Cuma kadang-kadang aku sering terlupa diri,ingat diri dah bagus sangat ingat diri dah teror sangat ingat diri dah cantek sangat sampai lupa yang semua tu adalah pinjaman dan kalau satu hari nanti Tuhan ambil semula aku tak boleh nak halang..

Berbalik pada raya haji atau ramai yang panggil raya korban..Apa erti korban pada kamu semua???aku pun masih terkial-kial mencari apakah yang aku dah korbankan pada jalan Allah??? Apa erti pengorbanan??? Pengorbanan yang bagaimanakah yang benar-benar memberi erti yang suci????

aku masih lagi mencari, dan aku pernah korbankan rasa sayang aku pada seseorang demi orang lain..Adakah itu juga termasuk dalam 'pengorbanan????' entahlah..

Lain orang lain definasinya,terpulang pada diri sendiri yang pasti jangan korbankan diri pada jalan yang dimurkai,jangan korbankan diri pada perkara yang sia-sia, renung-renungkan lah zaman sekarang bukan zaman yang mudah untuk umat Muhammad terlalu banyak cabaran, nabi tinggalkan kita dengan Al-Quran dan sunah maka rujuklah bacalah ia kalau kita lagi runsing lagi bingung..Berdoa dengan setulus hati pasti Tuhan akan menunjukkan jalannya...

Dah banyak melalut...
tak mau cakap banyak just nak say...

"selamat hari raya aidiladha"
"selamat hari raya haji"
"selamat hari raya korban"

pilih ikut sedap dan senang disebut..hak..hak...

salam....

Khamis, 19 November 2009

TANPA....TAJUK....

uuiikkkssss....
uuiihiiksss....
alahai....
aichehhh......
camner ek?????.....
hak...hak...

tunggu esokk....
:)

Selasa, 17 November 2009

INDAH....

Semalam aku jatuh tangga..

Realiti ni, bukan dalam mimpi.. Malu nye la.. Nasib baik tak ada orang yang nampak kecuali nana,member satu opis aku..hak..hak..aku gelak sampai sekarang bila teringat saat-saat bengong aku jatuh tangga tuh.. Gilak ah..Sampai saat ni aku masih tak dapat nak pastikan sebab musabab yang rasional KENAPA AKU BOLEH JATUH TANGGA??? huhuhu.. nasib baik kemalangan semalam tak mendatangkan kecederaan yang serius..hik..hik.. Apa yang ada dalam kepala otak aku semalam sampai aku boleh jatuh ek??? hhmmm...entah lah malas aku nak fikir detik-detik mencemaskan semalam tuh..hak..hak..


Tutup cerita pasal semalam,hari ni punya cerita lain pulak jalannya..

Pagi-pagi lagi dalam perjalanan menuju ofis (cewah...) dari jauh lagi aku dah nampak sesuatu yang amat meberi impak (gembira) yang besar kepada aku untuk sepanjang hari ni.. hahaha.. Nak tahu sesuatu yang macammana yang telah dapat membuat hari aku gembira ??? haaa... mai ceq habaq kat hangpa sket... pagi tadi aku nampak ..............


Nampak apa ceq ooiii...????


Sat la ceq crita...tak sabaq-sabaq pulak hang na...

Alahai malu pulak nak cerita la... Aku nampak... haiissshhh...payah lah nak cerita, korang baca la apa yang aku tulis kat bawah nih... hik..hik..


oh..secret admirer..

when you're around,the autumn feels like summer

how come you're always messing up the weather

just like you do to me...


my silly admirer...

how come you never send me a bouquet of flowers

it's whole lot better than disturbing my slumber

if you keep knocking at my door..


last night in my sleep

i dream't of you riding on my counting sheep

oh how you always bouncing

oh you look so annoying...


dear handsome admirer..

i always think that you're a very nice fellow

but suddenly you make me feel so mellow

everytime you say "hello..."


and everytrime you look at me

i wish you vanish and disapear into the air

how come you keep on smiling

oh! you look so annoyying


my secret admirer...

i never thought my heart could be so yearning

please tell me now why you seem try to ignore me

coz i do miss you so..


my silly admirer..

my handsome admirer..

dear secret admirer...

coz i do miss you so...


Hehe.. faham-faham jelah kan apa maksud aku sekarang..Hak..hak.. dia adalah antara sebab mengapa aku menjadi seorang yang hyper active dan hyper hepy hari ni..lalalalalalala.... lalalalalalala... lalalalalalala...

hak..hak..aku dah tak tahu nak cakap apa hati aku tengah senang...I wish something good will apear but???? i don't know how it will apear...


satu harapan yang terbit dalam hati ini

bahawa dia yang bakal merajai hati

tapi apa yang tertulis adalah rahsia ilahi..

jalani segalanya dengan hati

pasti jawapnya ku temui nanti..


pasti semua orang rasa apa yang aku rasa..

doakan yang terbaik untuk aku...

salam....


:) :) :) :) :) :) :) :)





Isnin, 16 November 2009

SEHARI YANG SUNTUK.. old skool rewind????

Semalam sehari suntuk aku keluar, orang putih say "hang out" dengan best friend aku yang 2org tuh..Gilak ah...Walaupun kami jarang jumpa,jarang mesej,jarang talipon tapi bila jumpa mulut tetap macam biase..Rasa tak ada apa yang berubah walaupun dah sembilan tahun kami tinggalkan alam skolah..
Masa sekolah dulu aku bermula di tingkatan yang amat baik senang cakap kat kampung-kampung makcik-makcik kate aku duduk dalam kelas pandai..Memang result aku gempak dan sewajarnya aku duduk kat situ..So aku terima dengan hati terbuka walaupun aku tak ade kawan..Masa tu memang rasa nak menangis sakan weh...gilak ah nak study dalam kelompok yang langsung aku tak kenal..huh!!! balik tu aku ngaku la yang aku menangis gila khinzir.. hak..hak..bila ingat balik aku memang nak gelak jer..bahakksss... Apa yang aku takutkan memang terjadi bila lama aku duduk dalam kelas tu aku jadi tertekan aku jadi pemurung aku jadi malas nak pergi sekolah..Aku bukan sesaje nak buat atau gegatal nak rasakan semua tu, tapi situasi sekeliling yang buat aku tertakan.. Time tu memang presure gila sebab bayangkan aku duduk dalam kelas yang kebanyakan bebudak nya adalah anak orang kaya yang bila pergi sekolah akan pakai beg nike,aku pakai beg cap ayam, diorang pakai kasut adidas,aku pakai palas jazz,diorang pakai jam Rolex aku pakai jam gambar rerama bapak aku beli kat pasar malam, diorang naik kereta bapak hantar,aku naik bas sekolah warna kuning.. bapak diorang keje doktor,cikgu,bapak aku keje majlis je..Kat situ aku dah rasa perbezaan yang ketara.. Tambah pulak lagi aku datang dari kawasan yang berbeza dari diorang,so kat situ dah membuat aku rasa sangat-sangat kurang selesa..Aku tak malu dengan apa yang aku ada tapi diorang yang malu tengok aku macam tu..padahal aku pergi sekolah kemas,cantik,wangi macam diorang jugak cuma apa yang aku ada tak ada jenama tu aje..Pelik aku dengan cara diorang memilih kawan..Aku kira hebat jugak sebab aku boleh tahan sampai 2tahun duduk dalam kelas tu walaupun tak selesa langsung tapi aku sabarkan diri,aku ingat pesan ayah time tu(sekarang dah arwah) yang aku budak pandai memang aku layak duduk dalam kelas tu biarkan ape orang nak cakap janji aku dapat belajar..Aku seorang yang tak ambil tahu pasal orang lain lantaklah diorang taknak kawan atau ape aku tak pedulik..Pernah satu masa tu aku belum dapat buku pinjaman sedangkan yang lain dah ada sebab diorang beli sendiri,so masa belajar aku nak share dengan member yang kat sebelah sementara aku dapatkan buku pinjaman tapi nak tahu apa yang aku dapat??? dapat SAKIT HATI.. bayangkan aku nak share dengan dia tapi dia boleh sorok dan hadang buku tu dengan tangan dia supaya aku tak dapat nak baca,busuk hati punya anak orang kaya..bengong... memang aku sakit hati tapi aku tak boleh nak buat apa sebab memang buku dia so hak dia tapi bagi aku apa salah kalau kongsi ilmu..sungguh aku tak faham sampai sekarang..time tu memang aku rasa nak nangis..tapi aku tahan je..Aku dapat sabar sampai 2tahun je..Masuk je tingkatan 3 aku dah tukar kelas masuk satu kelas dengan kawan-kawan yang tak pilih bulu..tak kira lah bulu kucing ke bulu beruang ke bulu kambing ke hak..hak..hak..Aku dapat turun kelas sebab aku turunkan result peperiksaan aku,ini aku akui yang aku sengaja buat supaya aku dapat turun kelas..huh!!!
Lega sangat-sangat rasa macam baru lepas sembelit hak..hak.. rasa macam baru lepas keluar penjara masa aku dapat turun kelas dan join kawan-kawan yang sehati sejiwa..Masa form 3 memang bermulalah era atau zaman kegemilangan aku dan kawan-kawan..Memang masa tu aku hepy gila khinzir lah sebab lepas dari tekanan..Masa tu memang aku akui yang aku dan kawan-kawan memang degil dan selalu kena denda.Kami selalu pakai gelang warna hitam yang banyak-banyak tu masa pergi sekolah,lepas tu kain memang kain majlis daerah lah cikgu aku cakap sebab labuh gila babas..kelas kami memang sentiasa bersih sebab kami sukarelawan yang membersihkan kelas setiap hari dengan kain labuh kami hak..hak.. Lepas tu kami suka bela kuku panjang,dan kami memang teror sebab kami selalu terlepas dari denda,prefect time tu memang ngok..hak..hak..(lagi satu ada prefect yang memang kawan kami kira sekongkol la tu pasal lepas..hak..hak..)lagi apa ye yang kami buat??? kerja sekolah memang jarang siap, sampai cikgu malas nak kutip buku kami..haaa...yang ni memang best dan asikkk la kalau kena.. Lengan kena cubit dengan ustazah Aminah sebab sengseng lengan baju sampai siku..hak..hak.. sedap wooo ustazah tu cubit samapi melecet la kulit tangan..Tu yang masa time agama semua siap-siap turunkan lengan baju sebelum ustazah masuk time habis je semua pakat sengseng balik..haha..kenangan betul..
Aku nak tekankan dekat sini walaupun kami semua degil dan selalu buat masalah kat sekolah tapi result kami tak teruk..Kami bijak jugaklah.. Dan yang paling membanggakan cikgu seni kami sampai bagitau kat semua kelas yang lain yang kelas kami memang hebat dalam seni lukis.. Semua student dalam kelas kami memang berbakat dalam seni lukis, bagi je tugasan apa kami kan setllekan dengan jayanya dan dengan hebat sekali hak..hak.. sampaikan kami satu kelas dapat tugasan melukis mural di sekitar sekolah disebabkan cantiknya kami melukis..hak..hak.. Tu la jangan pandang orang sebelah mata,walaupun kami nakal tapi kami berbakat.. Hak..hak..
Perangai kami memang sama sampai kami nak exam SPM.. time tu datang kesedaran sikit nak study so apa saja kelas tambahan yang cikgu buat kami join..selalulah kami balik lambat, nak pulak kami yang tak duduk asrama ni.. kadang-kadang sampai kami balik sekali dengan bebudak sesi petang hak..hak..Alhamdulillah lah keputusan SPM kami walaupun tak gempak gila khinzir tapi result kami bagus..Tak ada pun yang gagal..Kalau tak salah aku dalam geng kami ada dalam 10@15 orang semuanya memang ber"result" bagus.. Alhamdulillah...
Sekarang masing-masing dah kerja ofis..Ada yang dah kawen tapi perangai tetap sama.. hahaha.. aku rindu betul dengan alam sekolah aku..Ada masa aku ceritakan lagi kes-kes lain yang pernah kami buat..bahakksss...
Pada kawan-kawan aku,
i miss you all so much..

Rabu, 11 November 2009

PENAT...

Satu je yang aku nak cakap hari ni...
Dah berminggu-minggu aku mentafsir,membaca dan menilai peribadi seseorang dan hari ni aku dah semakin jelas dengan apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa.. Indera dan rasa yang aku rasa selama ni tak pernah salah.. Dan hari ni aku dah makin jelas dengan apa yang aku nampak..
Huh!!! susah hidup ni bila di kelilingi dengan orang yang penuh dengan hasad dengki.. Apa yang aku buat sekarang cuma rilex,tenang dan bersabar, satu yang damai nanti pasti ada sesuatu yang akan menunjukkan pada semua bahawa aku orang yang bagaimana..
Benci...memang aku benci tapi aku tak boleh nak buat apa sekadar pasrah dengan apa yang ada di depan mata,bukan senang nak menegakkan kebenaran di saat ramai yang nak tengok aku jatuh.. Tak mengapa bagi aku Tuhan itu bersama dengan orang yang benar..Ada sebab musabab mengapa Tuhan beri aku jalan yang macam ni.. Memang perit tapi aku redhakan semuanya..
Tapi dalam hati ni memang dah terluka yang amat sangat dan tak boleh nak patah balik dan tak boleh dah sesiapa pun yang mencari masalah dengan aku membuatkan aku lupa dengan semuanya..
Yang aku nak cakapkan dari tadi adalah apakah perasaan anda bila anda di ketepikan dalam pelbagai hal sedangkan selama ni anda yang berusaha mati-matian bekerja..
Aku tak tahu nak buat macammna tapi aku serahkan segalanya pada Tuhan..Keadilan itu akhirnya akan menyinar walau lambat terbitnya...

Selasa, 10 November 2009

KAWAN???

Mana satu... ooppsss..sory..
Salam...

Mana satu yang kawan-kawan lebih suka..???
-ada kawan di setiap tempat yang kita pergi tapi tak ada kawan karib
atau
-ada kawan di setiap tempat yang kita pergi tapi tetap ada kawan karib yang tak akan kita lupakan walau jauh macammana pun jarak kita..

Aku pilih ada kawan karib yang walaupun sorang tu jer,tapi dialah kawan yang akan dengar semua masalah,suka,duka,sakit hati,gembira, senang cakap semua yang aku lalui dalam kehidupan sehari-hari..dan dialah tempat meluahkan perasaan time aku jatuh menonggeng sebab frust dengan boipren yang tak berguna, atau dia jugak yang tahu dulu dan orang pertama yang dapat merasakan saat aku jatuh cinta dengan lelaki yang sangat berguna hak..hak..

Biasanya bila kita kawan dengan sangat rapat dengan seseorang (dalam konteks ni aku maksudkan kawan ok..bukan boifren/girlfren) dia akan dapat faham apa yang kita rasa.Mungkin sebab kita banyak kongsi benda,perkara,shampoo,pencuci muka,twiesties,mister potato,air sirap, ubat gigi kecuali berus gigi (hak..hak..) dengan dia so kita dengan aotomatiknya menjadi rapat dan dalam jiwa tu dah ada rasa sayang dan rasa ambil berat dan tanggungjawab terhadap rakan kita tu.. Itu point yang paling aku suka pasal kawan karib.. Tak aku nafikan keluarga duduk dalam hirerki yang paling atas dalam hidup aku tapi ada benda yang aku tak dapat nak kongsi dengan keluarga dan kat sinilah pentingnya peranan seorang kawan karib..

Aku ada sorang kawan yang rapat walaupun mind set dan cara pemikiran kitorang berbeza tapi sebab perbezaan tu lah yang menyebabkan aku dengan dia boleh settlekan problem masing-masing..biasanya bila salah sorang dari kami buntu masa tu hanset adalah peralatan canggih yang tak akan lepas dari tangan kami..akan selalulah keluar lagu jepun dari hanset aku dan lagu "oh lelaki idaman.." hak hak dari henset dia..time tuh walaupun penat atau kepala tengah serabut dengan kerja tak akan menjadi halangan untuk kami saling berkomunikasi.. selalunya kami tak mengambil masa yang lama untuk settle downkan permasalahan yang melanda (aicheh..) sebab biasanya kami akan selalu dapat penyelesaian selepas beberapa acara soal siasat.. haha..Kadang-kadang aku pelik macammna dia boleh terfikir jalan penyelesaian yang satu tu sedangkan aku yang dah mati-matian fikir tak dapat nak solvekan benda tu dengan sendiri,kat sinilah gunanya sahabat karib..Selalunya bila kita stress otak tak bekerja dengan baik sebab tu kita memerlukan otak orang lain untuk berfikir..haha..

Aku tak tahulah macammana dengan orang lain tapi aku ada sorang kawan yang sangat memahami dan sangat mejiwai watak aku.. haha.. kredit to her..
Apepun pilihan semua terletak pada diri sendiri..Jalan yang kita pilih adalah jalan kita sendiri..Kawan sebagai peneman dan boleh jadi guide supaya kita tak tersasar atau tersesat dalam menjalani hidup ni.Nak pulak zaman sekarang yang penuh dengan ntah hape hape perangai..

Selasa, 3 November 2009

sesi suai kenal..

Tak banyak yang boleh di tulis dalam entri yang ini sebab baru sesi suai kenal..
so sesuai dengan tajuk aku kenalkan diri aku..
nama aku...
LINDA...
harap maklum..
hak..hak..hak..

salam kenal...
jumpa di lain entri...