Khamis, 26 November 2009

PATRI....CINTA SUCI....

Andai hati ini SANG KECAPI,
perasaan jadi talinya,
engkau memetik jari jemari,
berlagu irama duka dan lara,

Andai tubuh ini BONEKA,
nalurinya benang sutera,
engkau DALANG mengawalnya,
ke timur ke barat kemana jua,
aku hanya menuruti mengikut apa saja hukuman,

Andai diri ini TAMAN TASIK,
SANG PIRANA pula jiwa raganya,
engkau mencari dengan senyuman,
dan mengurungkannya dari segala,

Namun diri ini INSANI,
pasti ada kemahuannya,
kerna aku terpanah ARJUNA,
sedikit pun tidak ku menyesali,
aku rela di tawanan,
aku rela terpatri cinta suci,
aku rela di tawanan,
aku rela terpatri cinta suci...

cinta suci... suci ke????

entahlah..soalan subjektif yang kalau dalam exam SPM selalunya budak-budak yang tak tau jawapan,senang kata yang tak study akan jawap dengan hati,lantak lah betul ke tidak, janji jawapan...

Jawapan Dari HAti...
ape tu????
6sence??? bukan kumpulan 6sence yang vokalis nye hensem tu, tapi satu anugerah dari Tuhan.. selalunya bila kita sayang sangat kat seseorang tu kita akan dapat rasa apa yang sedang dia rasa secara sengaja atau tidak di sengajakan..betul ke tidak??? entahlah, jawapannya subjektif.. jawab ikut hati sebab tak ada tertulis dalam buku mana-mana pun jawapannya..haha.. Jawapan dari hati ni selalunya menjadi kepala kepada kita bila kita dah buntu sangat-sangat tak tahu nak ikut arah mana dah..akal dan fikiran selalu berperang antara satu sama lain jadi selalunya aku pilih hati untuk jadi hakimnya..walaupun kadang-kadang hati boleh salah tapi jarang terjadi kesalahan tu..

bagi orang lain aku tak tahulah jalannya macammana kan...
berbalik pada cinta suci tu tadi...
apa maksud cinta suci???
dimana sucinya???
bercinta dengan ustaz atau ustazah terjamin ke sucinya???
entahlah...bagi aku senang, cinta itu datangnya dari pandangan pertama... macam orang dulu-dulu cakap dari mata turun ke hati..hik..hik.. macam nenek nenek pulak cakap macam ni.. bahakksss...

suci atau tidak cinta itu terpulang pada individu yang mencintai dan dicintai itu..kalau ikhlas,tak memandang pada luaran sahaja, kalau jujur,boleh setia walau jarak memisahkan, kalau sayang, mencintai dengan sepenuh hati pasti kesucian cinta itu akan terbit dan ternampakkan..
yang hensem jangan terlebih sudah perasan , yang cantik jangan gunakan kecantikkan untuk mempermainkan hati itu dah cukup untuk mendapatkan cinta suci..

Jadi sama-samalah kita mencari dan menjadikan cinta kita suci..hahaha...

p/s:mane la cinta suci aku ni tak nampak2 pon...jauh sangat ker???? hehehe...

*abaikan mana -mana perenggan yang anda rasa tak betul sebab hati saya sedang berperang mencari konklusi...hehehe... jadi sedikit mereng.. hak..hak..

peace :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan