Selasa, 10 November 2009

KAWAN???

Mana satu... ooppsss..sory..
Salam...

Mana satu yang kawan-kawan lebih suka..???
-ada kawan di setiap tempat yang kita pergi tapi tak ada kawan karib
atau
-ada kawan di setiap tempat yang kita pergi tapi tetap ada kawan karib yang tak akan kita lupakan walau jauh macammana pun jarak kita..

Aku pilih ada kawan karib yang walaupun sorang tu jer,tapi dialah kawan yang akan dengar semua masalah,suka,duka,sakit hati,gembira, senang cakap semua yang aku lalui dalam kehidupan sehari-hari..dan dialah tempat meluahkan perasaan time aku jatuh menonggeng sebab frust dengan boipren yang tak berguna, atau dia jugak yang tahu dulu dan orang pertama yang dapat merasakan saat aku jatuh cinta dengan lelaki yang sangat berguna hak..hak..

Biasanya bila kita kawan dengan sangat rapat dengan seseorang (dalam konteks ni aku maksudkan kawan ok..bukan boifren/girlfren) dia akan dapat faham apa yang kita rasa.Mungkin sebab kita banyak kongsi benda,perkara,shampoo,pencuci muka,twiesties,mister potato,air sirap, ubat gigi kecuali berus gigi (hak..hak..) dengan dia so kita dengan aotomatiknya menjadi rapat dan dalam jiwa tu dah ada rasa sayang dan rasa ambil berat dan tanggungjawab terhadap rakan kita tu.. Itu point yang paling aku suka pasal kawan karib.. Tak aku nafikan keluarga duduk dalam hirerki yang paling atas dalam hidup aku tapi ada benda yang aku tak dapat nak kongsi dengan keluarga dan kat sinilah pentingnya peranan seorang kawan karib..

Aku ada sorang kawan yang rapat walaupun mind set dan cara pemikiran kitorang berbeza tapi sebab perbezaan tu lah yang menyebabkan aku dengan dia boleh settlekan problem masing-masing..biasanya bila salah sorang dari kami buntu masa tu hanset adalah peralatan canggih yang tak akan lepas dari tangan kami..akan selalulah keluar lagu jepun dari hanset aku dan lagu "oh lelaki idaman.." hak hak dari henset dia..time tuh walaupun penat atau kepala tengah serabut dengan kerja tak akan menjadi halangan untuk kami saling berkomunikasi.. selalunya kami tak mengambil masa yang lama untuk settle downkan permasalahan yang melanda (aicheh..) sebab biasanya kami akan selalu dapat penyelesaian selepas beberapa acara soal siasat.. haha..Kadang-kadang aku pelik macammna dia boleh terfikir jalan penyelesaian yang satu tu sedangkan aku yang dah mati-matian fikir tak dapat nak solvekan benda tu dengan sendiri,kat sinilah gunanya sahabat karib..Selalunya bila kita stress otak tak bekerja dengan baik sebab tu kita memerlukan otak orang lain untuk berfikir..haha..

Aku tak tahulah macammana dengan orang lain tapi aku ada sorang kawan yang sangat memahami dan sangat mejiwai watak aku.. haha.. kredit to her..
Apepun pilihan semua terletak pada diri sendiri..Jalan yang kita pilih adalah jalan kita sendiri..Kawan sebagai peneman dan boleh jadi guide supaya kita tak tersasar atau tersesat dalam menjalani hidup ni.Nak pulak zaman sekarang yang penuh dengan ntah hape hape perangai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan