Rabu, 11 November 2009

PENAT...

Satu je yang aku nak cakap hari ni...
Dah berminggu-minggu aku mentafsir,membaca dan menilai peribadi seseorang dan hari ni aku dah semakin jelas dengan apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa.. Indera dan rasa yang aku rasa selama ni tak pernah salah.. Dan hari ni aku dah makin jelas dengan apa yang aku nampak..
Huh!!! susah hidup ni bila di kelilingi dengan orang yang penuh dengan hasad dengki.. Apa yang aku buat sekarang cuma rilex,tenang dan bersabar, satu yang damai nanti pasti ada sesuatu yang akan menunjukkan pada semua bahawa aku orang yang bagaimana..
Benci...memang aku benci tapi aku tak boleh nak buat apa sekadar pasrah dengan apa yang ada di depan mata,bukan senang nak menegakkan kebenaran di saat ramai yang nak tengok aku jatuh.. Tak mengapa bagi aku Tuhan itu bersama dengan orang yang benar..Ada sebab musabab mengapa Tuhan beri aku jalan yang macam ni.. Memang perit tapi aku redhakan semuanya..
Tapi dalam hati ni memang dah terluka yang amat sangat dan tak boleh nak patah balik dan tak boleh dah sesiapa pun yang mencari masalah dengan aku membuatkan aku lupa dengan semuanya..
Yang aku nak cakapkan dari tadi adalah apakah perasaan anda bila anda di ketepikan dalam pelbagai hal sedangkan selama ni anda yang berusaha mati-matian bekerja..
Aku tak tahu nak buat macammna tapi aku serahkan segalanya pada Tuhan..Keadilan itu akhirnya akan menyinar walau lambat terbitnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan